BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 20, 2011

SUMBANGAN IBU BAPA PELAJAR SMK TUN MUTAHIR


Kepada,
Semua Ibu Bapa/ Penjaga,
SMK Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM DAN PELAJAR MISKIN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah melalui Badan Kebajikan Murid SMK Tun Mutahir memohon sumbangan daripada tuan/puan bagi mengumpul dana untuk diagihkan kepada para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan pelajar miskin.

Bagi menjayakan usaha murni ini, pihak sekolah memohon sumbangan ikhlas daripada tuan /puan bagi meringankan beban para pelajar yang tidak berkemampuan. Segala sumbangan tuan/puan boleh diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing sebelum 24 ogos 2011.

Kerjasama, keprihatinan dan keikhlasan pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
 

***Guru tingkatan diminta menyerahkan borang sumbangan selewat-lewatnya 25 Ogos 2011 kepada
Pn Hamizilawati Ishak dan Cik Nurul Wahida Muhammad bagi memudahkan urusan pengagihan sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin.

0 comments: