BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 10, 2011

SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 26 OGOS 2011

Saturday, August 20, 2011

KUTIPAN 5 SEN OGOS MINGGU 3


JUMAAT, 19 OGOS 2011

Jumlah Kutipan 5 sen yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM12.20.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Tun Mutahir di atas sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan.

SUMBANGAN IBU BAPA PELAJAR SMK TUN MUTAHIR


Kepada,
Semua Ibu Bapa/ Penjaga,
SMK Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM DAN PELAJAR MISKIN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah melalui Badan Kebajikan Murid SMK Tun Mutahir memohon sumbangan daripada tuan/puan bagi mengumpul dana untuk diagihkan kepada para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan pelajar miskin.

Bagi menjayakan usaha murni ini, pihak sekolah memohon sumbangan ikhlas daripada tuan /puan bagi meringankan beban para pelajar yang tidak berkemampuan. Segala sumbangan tuan/puan boleh diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing sebelum 24 ogos 2011.

Kerjasama, keprihatinan dan keikhlasan pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
 

***Guru tingkatan diminta menyerahkan borang sumbangan selewat-lewatnya 25 Ogos 2011 kepada
Pn Hamizilawati Ishak dan Cik Nurul Wahida Muhammad bagi memudahkan urusan pengagihan sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin.

SUMBANGAN GURU SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2011


Kepada,
Semua Guru,
SMK Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.

Tuan / Puan,

SUMBANGAN PERIBADI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah
Adalah dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Murid SMK Tun Mutahir akan menyampaikan sumbangan kewangan kepada murid-murid sempena Sambutan Aidil Fitri pada 26 Ogos 2011.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat guru-guru yang sudi menghulurkan sumbangan peribadi yang lain sama ada berbentuk wang, barangan dan sebagainya bolehlah berhubung dengan Pn. Hamizilawati dan Cik Nurul Wahida dengan melengkapkan Borang Sumbangan seperti yang dilampirkan, selewatnya-lewatnya pada hari Isnin ( 22 .8.2011 ) untuk melancarkan proses pemberian sumbangan tersebut.

Kerjasama, keprihatinan dan keikhlasan pihak tuan dalam perkara ini, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.