BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 20, 2011

SUMBANGAN GURU SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2011


Kepada,
Semua Guru,
SMK Tun Mutahir,
75350 Batu Berendam,
Melaka.

Tuan / Puan,

SUMBANGAN PERIBADI GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah
Adalah dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Murid SMK Tun Mutahir akan menyampaikan sumbangan kewangan kepada murid-murid sempena Sambutan Aidil Fitri pada 26 Ogos 2011.

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat guru-guru yang sudi menghulurkan sumbangan peribadi yang lain sama ada berbentuk wang, barangan dan sebagainya bolehlah berhubung dengan Pn. Hamizilawati dan Cik Nurul Wahida dengan melengkapkan Borang Sumbangan seperti yang dilampirkan, selewatnya-lewatnya pada hari Isnin ( 22 .8.2011 ) untuk melancarkan proses pemberian sumbangan tersebut.

Kerjasama, keprihatinan dan keikhlasan pihak tuan dalam perkara ini, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

0 comments: