BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 29, 2011

KUTIPAN 5 SEN

Pelancaran KUTIPAN 5 SEN telah dijalankan pada Jumaat, 28 Januari 2011.



‘Kutipan 5 sen’ dipilih kerana sesetengah orang menganggap duit 5 sen tidak bernilai tetapi bagi murid yang tidak berkemampuan 5 sen jika dikumpulkan amat bernilai harganya. Aktiviti ini dijalankan juga sebagai persediaan awal badan kebajikan murid mengumpul dana. Pengumpulan dana ini dijalankan pada setiap minggu untuk semua murid dan dua kali sebulan untuk semua guru.

OBJEKTIF:
o Memupuk semangat suka menghulurkan sumbangan di kalangan warga sekolah untuk sama-sama membantu murid yang kurang berkemampuan.

o Sumber dana yang terkumpul dapat digunakan bagi mempelbagaikan aktiviti Badan Kebajikan Murid.

o Diharapkan dapat menyemai sifat penyayang di kalangan warga sekolah.

KUTIPAN 5 SEN berjaya kali pertama telah berjaya mengumpul:
RM 434.75 sesi pagi
RM 110.95 sesi petang

Jumlah keseluruhan kutipan RM 545.70, TAHNIAH dan SYABAS!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah kerana telah sama-sama menyumbang bagi membantu murid yang kurang berkemampuan.

0 comments: