BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 29, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA & BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN SESI PETANG 2011

Tuan Haji Zolkaply B Yunus menyampaikan ucapan

Pengacara Majlis, Pn Roshaya

En Ghafar B Yahya mengiringi En A.N Velaithan menyampaikan 
Sumbangan Tahun Baru Cina dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan 2011












Wajah murid-murid yang menerima
Sumbangan Tahun Baru Cina dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan 2011


Seramai 20 orang murid Cina sesi petang  yang bakal menyambut Tahun Baru Cina mendapat angpau RM20.00 setiap orang. Manakala seramai 6 orang murid berbilang kaum mendapat bantuan bayaran tambahan sebanyak RM42.50 setiap orang. Jumlah kos yang dikeluarkan oleh Badan Kebajikan Murid bagi Program 'Guru dihormati, Murid disayangi' sempena perayaan Tahun Baru Cina sesi petang adalah RM655.00.

Semoga sumbangan ini dapat  meringankan sedikit bebanan kewangan dan dapat meningkatkan kesungguhan dan motivasi murid-murid untuk terus maju dalam pelajaran.

BROSUR BADAN KEBAJIKAN MURID 2011



MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA & BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2011

 
Sumbangan Tahun Baru Cina disampaikan oleh
Tuan Haji Zolkaply B Yunus

Bantuan Bayaran Persekolahan 2011 disampaikan oleh
En A.N Velaithan

 
Wajah murid-murid yang menerima 
Sumbangan Tahun Baru Cina &
Bayaran Tambahan Persekolahan  2011


Seramai 15 orang murid Cina sesi pagi  yang bakal menyambut Tahun Baru Cina mendapat angpau RM20.00 setiap orang. Manakala seramai 4 orang murid berbilang kaum mendapat bantuan bayaran tambahan  di  antara RM42.50 - RM47.50 setiap orang. Jumlah kos yang dikeluarkan oleh Badan Kebajikan Murid bagi Program 'Guru dihormati, Murid disayangi' sempena perayaan Tahun Baru Cina sesi pagi adalah RM480.00.


Semoga sumbangan ini dapat  meringankan sedikit bebanan kewangan dan dapat meningkatkan kesungguhan dan motivasi murid-murid untuk terus maju dalam pelajaran.

GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN

JUALAN AMAL BOOKMARK



Jualan Amal Bookmark adalah projek inovasi Badan Kebajikan Murid 2011 dalam usaha mengumpul dana.
Bookmark ini mengandungi variasi tema antaranya:
  • Friendships
  • Secrets of roses
  • Secrets of colour (versi Malay & English) 
Harga Jualan Bookmark bermula dari RM0.50

Boleh didapati di koperasi SMK Tun Mutahir pada Feb 2011 (Pn Khatirina Bt Mat Shah) atau terus berhubung dengan
  • Pn Nurul Wahida Bt Muhammad (sesi pagi)
  • Pn Hamizilawati Bt Ishak (sesi petang)





SENARAI NAMA PENERIMA SUMBANGAN TAHUN BARU CINA & BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2011



Setiap Murid Cina yang bakal menyambut Tahun Baru Cina mendapat angpau RM20. Manakala setiap murid berbilang kaum yang mendapat bantuan bayaran tambahan persekolahan di antara RM42.50 - RM47.50. Jumlah kos yang dikeluarkan oleh Badan Kebajikan Murid sempena Program 'Guru dihormati, Murid disayangi' adalah RM1135.00.

PROJEK KUTIPAN 5 SEN


KUTIPAN 5 SEN

Pelancaran KUTIPAN 5 SEN telah dijalankan pada Jumaat, 28 Januari 2011.



‘Kutipan 5 sen’ dipilih kerana sesetengah orang menganggap duit 5 sen tidak bernilai tetapi bagi murid yang tidak berkemampuan 5 sen jika dikumpulkan amat bernilai harganya. Aktiviti ini dijalankan juga sebagai persediaan awal badan kebajikan murid mengumpul dana. Pengumpulan dana ini dijalankan pada setiap minggu untuk semua murid dan dua kali sebulan untuk semua guru.

OBJEKTIF:
o Memupuk semangat suka menghulurkan sumbangan di kalangan warga sekolah untuk sama-sama membantu murid yang kurang berkemampuan.

o Sumber dana yang terkumpul dapat digunakan bagi mempelbagaikan aktiviti Badan Kebajikan Murid.

o Diharapkan dapat menyemai sifat penyayang di kalangan warga sekolah.

KUTIPAN 5 SEN berjaya kali pertama telah berjaya mengumpul:
RM 434.75 sesi pagi
RM 110.95 sesi petang

Jumlah keseluruhan kutipan RM 545.70, TAHNIAH dan SYABAS!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah kerana telah sama-sama menyumbang bagi membantu murid yang kurang berkemampuan.

Friday, January 28, 2011

MOTTO DAN LOGO BADAN KEBAJIKAN MURID


‘SHARING IS LOVING’


PROGRAM 'GURU DIHORMATI, MURID DISAYANGI'


Hari: Jumaat
Tarikh: 28 Januari 2011
Masa: 7.30 pagi dan 3.45 petang
Tempat: Tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir
Penganjur: Badan Kebajikan Murid

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, Badan
Kebajikan Murid akan memberikan sumbangan kepada 35 orang
pelajar Cina sesi pagi dan petang yang kurang bernasib baik
sebagai persediaan menyambut perayaan tersebut.Majlis tersebut
akan diadakan seperti butiran di atas dan YDP PIBG,
SMK Tun Mutahir En Velaithan Atchuta Nair akan hadir sebagai
tetamu jemputan. Selain itu, 10 orang pelajar sesi pagi dan
petang yang terpilih daripada berbilang bangsa akan menerima
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan.

Penerima sumbangan Tahun Baru Cina: 15 orang (sesi pagi,
20 orang (sesi petang). Penerima Bantuan Bayaran Tambahan
Persekolahan: 4 orang (sesi pagi), 6 orang (sesi petang).